Thursday, December 11, 2014

perutku kerap mengeras


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM






ni la baby la perut ku .. macam ni laa.. hihihi.tapi bukan sebijik ye

assalamualaikum.. selamat pagi. Pagi ni Bangun ,rasa macam tak cukup tidur je.. semalam saja perut asyik mengeras. Risau pulak. Mudah mudahan tiada apa-apa buruk berlaku.

Bermula dari kelmarin, perut ina mengeras.Tapi tidak kerap cuma malam semalam saja mengeras 20minit sekali.Mungkin juga baby stress dalam kandungan agaknya.. hmmm. Mana tidaknya, sara ( dah tak panggil lagi nama IMAN,sebab budak kawasan perumahan ni tertanya-tanya samada anak ni perempuan atau lelaki..sebab perangai lain sikit)

Okay berbalik pada cerita tadi, sara ni sejak dua menjak asyik nak tidur berkepit bawah ketika mama. Baby dalam perut pun tau rimas tauu. Sampai yang dalam perut tu menendang..hihihihi.


Throwback KISAH LALU ( Semasa mengandngkan sara )


Pada tahun 2013, semasa kandunganku menginjak ke 7bulan. Perutku sudah mengalami simptom seperti orang nak bersalin.Sakitnya allah saja yang tau ( aku degil waktu tu, sambil menolak kotak sparepart dengan kaki je.konon nak cepat la kotnye..,hihi. ) Selepas beberapa minit,sakit nak bersalin datang iaitu sakit dari tulang belakang sampai ke tulang punggung.. aku menangis kesakitan ( tak tahan ). Aku terus kol family, lepastu terus ke hospital dan aku ditahan selama 2 malam untuk diberikan suntikan untuk mematangkan paru-paru baby andaikata aku bersalin tidak cukup bulan.


SEKARANG ( kandungan terkini iaitu kandungan ke-2 )

Aku berdoa jela.. banyakkan solat Supaya kandungan ini selamat bersalin pada minggu sepatutnya keluar (40 minggu).

Tapi dalam keadaan aku sekarang, kaki dah tak kuat untuk berjalan sana sini. Haritu pergi ke klinik, kaki dah timbul urat hijau.. sakit sangat woo. Lepastu baru-baru ini, aku pergi menonton wayang  dan ronda-ronda ke mall pun kaki sakit(bengkak). Aku nak masak pun, dah tak boleh berdiri lama-lama.. mungkin ini pembawakan.

Disamping itu, supplemen memang aku tak tinggal langsung.Antara yang aku teruskan pengambilan ialah Vitamin C (al-maklumlah, orang mengandung mudah kena demam selsema..Masalah kulit berjerawat pun boleh cover,nak-nak lagi tengah hormon tak stabil kan.. banyak jerawat tumbuh.Bila makan vitamin C,jerawat kecut cepat.Gatal-gatal alahan memang cepat hilang),Vitalea bagi tenaga 24jam,tak mudah penat,HB pun cantik.. Bcomplex with acid folic memang wajib ambil se bab ia anti stress ( ibu hamil ni kadang emosi tak stabil, asyik moody je kan),elak kecacatan janin dan kencing manis semasa kehamilan.Ostematrix pun tak pernah miss sebab kalau tak makan ni, memang akan kena simpul biawak aka kejang-kejang otot.Membuang pun sangat lancar kali ini, taakdelah seminggu sekali membuang macam dulu-dulu.






Related Posts

0 komen: