Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Tuesday, April 4, 2017

Donat Cheese Ball gebuss

Donat Cheese Ball





Bahan Bahan :
(Ina pakai cawan je sukatan)

2 1/2 cawan tepung Roti
2 sudu Besar Planta marjerin
2 sudu besar Susu pekat
11gm Yis
Air sejuk (ikut keras doh)
keju mozarella

Cara caranya:

1. Masukkan yis bersama gula (biarkan yis hidup..berbuih naik)
2. Bekas lain (satukan tepung,marjerin,susu..gaulkan)
3.Dah sebati..masukkan yis yang berbuih tadi kedalam (no 2)
4. Masukkan air sejuk... kedalam bekas yang ada tepung tadi tu.
5.Uli... sampai jadi Doh yang tak melekat di tangan.Faham kan? (Hempuk hempuk adunan tu..barulah gebus nanti donat korang..tapi pastikan letak doh dalam plastik bersih2..baru hempuk)
6.Rehatkan sekejap doh..
7.Bulatkan doh.. nak timbang boleh.Tak nak timbang pon okayy. Tapi jadi macam ina laa.Besar gedabak...kahkahkah.
8.sebelum bulatkan..masukan keju yg telah dicincang Dan bulatkan cantik cantik yaa.
9.Biarkan dalam 30minit @ naik 2x ganda dari asal yee.
10.Dah naik cantik..Siap sedia untuk digoreng.
11.Goreng dalam minyak yang panas.

****Selamat mencuba yaaaa...
panjang panjangkan lah resipi ni..share di Facebook anda.

No comments:

Post a Comment