Read more: http://www.azhafizah.com/2013/11/tutorial-ringankan-blog-dengan-lazyload.html#ixzz41XVpsa2x

Wednesday, June 1, 2016

Soda Bikarbonat.. Pelbagai Kegunaan Selain Membuat Kek



Kegunaan Cuka dan Soda Bikarbonat di dapur selain digunakan sebagai bahan masakan:-
***********************************************************************
Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

Manakala Soda penaik merupakan produk isirumah yang mudah diperolehi. Ia juga dipanggil Natrium Bikarbonat atau Soda Bikarbonat. Ia lebih murah dan berkesan untuk menghilangkan bau, dan membersih.

Antara kegunaan kedua bahan tersebut ialah:

1. Membersihkan permukaan dapur.
Campurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. 
bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut dengan menggunakan span atau kain dan bilas bersih.




2. Membersih dan mengharumkan tong sampah 
Campurkan 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. 
Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
Bilas tong sampah hingga bersih.




3. Menghilangkan bau ketuhar gelombang mikro
Campurkan 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. 
Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.




4. Menjadikan perkakas bersinar.
Untuk perkakasan kaca yang kusam, 
rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. 
Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.




5. Menghilangkan kesan kekotoran pada jag/teko.
Campurkan 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. 
Biarkan sejuk dan bilas.




7. Menghilangkan kesan kopi pada cawan. 
Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.







8. Menghalau semut.
Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.




9. Menghilangkan bau di dalam peti sejuk.
Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. biarkan beberapa hari.




10. Menghilangkan bau busuk tandas.
Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.




11. Menjadikan mangkuk tandas bersinar
Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman.
Bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.




12. membersih permaidani
tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.







13. Menghilangkan kulat/ tanda hitam papan pemotong
Gosok permukaan papan pemotong menggunakan baking soda.
Semburkan cuka makan dan biarkan permukaan papan pemotong anda menjadi berbuih. 
Bilaskan dengan air bersih dan lihat perbezaannya.




14. Membersih lantai
Campurkan 1/4 baking soda, satu senduk sabun cair, dan cuka secukupnya. anda pun memiliki bahan pengganti pembersih kimia.




15. Membersih meja.
Tuangkan cuka putih pada sehelai kain lap lalu gunakan supaya meja lebih segar. Bilas hingga bersih




16. Di dalam cucian pakaian
Bagi mengantikan bahan pelembut@i softener, 
Masukkan 30 ml cuka putih untuk 4 kg pakaian, campurkan 5 titis minyak essensial aroma lavender sebagai haruman. 
Tambahkan 1/4 cuka ke dalam cucian anda. selain melembutkan kain, cuka juga boleh menghilangkan kekotoran yang degil.




17.Membersih tingkap.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol penyembur (campukan 1/4 sukatan gelas cuka dan 1 liter air), keringkan dengan kain bersih & kilatkan dengan kertas surat khabar untuk membersihkan tingkap dan kaca rumah anda




18. Membersih gusi.
Panaskan cuka putih, letakkan di atas gusi anda, dan lihatlah hasilnya.




19. Menghilang kekotoran pada kayu.
Campurkan cuka dan minyak zaitun dengan perbandingan yang sama, dan gosokkan dengan kain di atas kayu. lihatlah, kotorannya telah hilang.




20. Membersih karat. 
Rendamkan alat yang berkarat di dalam cairan cuka selama satu malam, namun pastikan anda membilasnya bersih di pagi hari, agar cuka tidak membuat logam berkarat




21. Membersih dan hilangkan bau saluran air
Tuangkan sedikit baking soda dengan cuka putih yang panas. Biarkan selama beberapa minit dan larutkan dalam air. lalu tuangkan ke saluran air.




23. Membersih pintu oven
Sapukan cuka putih di seluruh bahagian dalam pintu oven, kemudian biarkan selama 15 minit, lalu bersihkanlah. penggunaan cuka sebagai pembersih ini dapat mengurangkan penggunaan sabun dan lainnya.




24. Membersihkan oven
Campurkan baking soda dan air. 
Sa[u rata ke seluruh permukaan oven yang perlu dibersihkan, lalu biarkan selama semalam. Setelah itu, bersihkan dengan lap basah. 
Selain itu, anda boleh campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 2 sudu teh cuka atau perahan lemon, 
1/4 sudu teh cecair pencuci pinggan, dan 1 cawan air panas. Letakkan dan goncang semua dalam bekas penyembur, sembur ke dalam bahagian oven yang kotor, Biarkan sejam atau lebih, bilas bersih.




25. Untuk Menghapuskan serangga perosak tanaman 
Masalah semut boleh dikawal dengan cara menaburkan sedikit baking soda di sekeliling pokok; menabur campuran tepung gandum dan bedak bayi di sekeliling tanaman atau menyembur campuran satu bahagian air dan satu bahagian cuka pada pokok yang diserang.

Untuk ulat pemakan daun, semburan bawang dan cili padi didapati berkesan. Kaedahnya agak mudah seperti berikut: Bahan-bahan seperti cili padi (15 biji), bawang besar (4 labu), bawang putih (2 labu) dikisar dengan 2 Liter air sabun.


Tapis dan masukkan air 500 mL dan boleh terus disembur pada tanaman.

No comments:

Post a Comment