Saturday, February 13, 2016

RESIPI : MEE SUP AYAM









Lama dah tak letak resipi dalam blog nie.Sekarang kat sini musim hujan, maka nya.. sedaplah makan yang Sup sup.. ehehehe..okay,tanpa berlengah masa aii bagi resipi ni.


BAHAN BAHAN :

2 BUNGKUS MEE KUNING
1 EKOR AYAM
1 PAKET SUP BUNJUT adabi
2 BATANG LOBAK
1 IKAT DAUN SUP
10 ULAS BAWANG MERAH (KECIL)
5 ULAS BAWANG PUTIH
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
5 BIJI CENGKIH
1 BIJI BUAH PELAGA
3 BUNGA LAWANG 
HALIA ( SAIZ BESAR IBU JARI )
TOMATO 
GARAM (SECUKUP RASA)
LADA HITAM ( IKUT SUKA PEDAS) ai letak sikit je,sebab baby pun nak makan
AIR 


CARA CARA :


1. Basuh ayam bersih bersih dan potong ( aii potong dadu..suka ayam kecil-kecil mudah anak nak makan)

2. ( Masukkan air 2 jag )Renihkan ayam (lagi lama,lagi best..air ayam tu turun. Tak payah pakai dah STOK ayam)


3.Sambil sambil tunggu ayam di reneh, kupas bawang merah dan bawang putih dan di mayang halus bersama halia ( blender pun boleh).


4. Tumiskan bawang putih ,bawang merah bersama halia tadi ( dalam kuali lain ).


5. Tumiskan juga pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang .( dalam kuali lain )


6. Masukkan bahan tumis ( no 4 dan no 5 ke dalam periuk yang ada ayam renehan tadi ).


7. Masukkan juga SUP BUNJUT , lobak,tomato dan kacau.


8. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.


9. Last sekali masukkan daun sup dan biarkan ia mendidih 15minit .




LADA KICAP :


BAHAN BAHAN:

5 TANGKAI CILI PADI HIJAU (LAGI BANYAK,LAGI SEDAP)
GARAM
GULA
5 ULAS BAWANG PUTIH
KICAP


CARANYA :

1.  Bawang putih dimayang halus bersama cili padi.
2. Masukkan garam dan gula ikut rasa.
3. Sedikit kicap ( ikut nak banyak mana kuah kicap)






~~ sekian.. selamat mencuba!!
Terimakasih sudi terjah entri ini.

Assalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...