Sunday, January 11, 2015

PETUA BETULKAN BAYI SONGSANG DALAM KANDUNGAN

Ada sesetengah bayi yang berada dalam kedudukan songsang di dalam rahim ibu. Keadaan ini tidak perlu dibimbangi jika masih berada pada peringkat awal kehamilan. Kedudukan bayi songsang itu lazimya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan iaitu antara minggu ke-28 hingga minggu ke-32. 

Ikuti 9 cara hindari kelahiran songsang di bawah. Untuk makluman anda, kelahiran songsang akan berlaku sekiranya bayi tidak berpusing ke kedudukan normal dan ia amat berisiko.

 Punca sebenar masalah ini masih belum diketahui tetapi ia sering kali dikaitkan dengan beberapa faktor. 

Antaranya ialah: 

Rahim sudah bersifat anjal akibat kekerapan kelahiran 

Saiz bayi terlalu besar berbanding tulang pinggul anda 

Pernah melahirkan bayi pra-matang di kelahiran terdahulu 

Kekurangan air ketuban Bentuk rahim yang tidak normal

 Mengalami plasenta previa sehingga menutupi laluan untuk bukaan pintu rahim

 Hamil kembar di mana berkemungkinan salah seorang bayi songsang dan mungkin juga kedua-duanya kerana mereka berebut untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. 

Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di atas pelvis anda (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. 

ECV kaedah membetulkan kedudukan bayi songsang

Terdapat prosedur perubatan yang dilakukan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang ini yang di sebut External Cephalic Version (ECV).

 Prosedur ini biasanya dilakukan pada minggu ke-36 hingga ke-37 usia kandungan. 

Jika ia dilakukan terlalu awal dikhuatiri kedudukan bayi akan kembali songsang dan jika terlalu lambat akan berlaku kesukaran kerana air ketuban telah berkurangan. 

Peratusan kejayaan ECV adalah 50%. Walaupun begitu, tidak semua wanita hamil yang mengalami masalah bayi songsang boleh menjalani prosedur ini. 

Antaranya ialah air ketuban disahkan berkurangan dan pernah menjalani kelahiran secara caesarean sebelum ini. Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan bayi songsang ini selamat, tetapi masih ada risiko yang mungkin timbul.

 Antaranya ialah kelahiran pramatang, tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan atau kecedraan rahim. Disebabkan itulah ramai doktor kurang bersetuju untuk melakukan prosedur ECV ini. 

9 cara yang boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri di rumah. Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda memperbetulkan kembali kedudukan bayi kepada kedudukan yang normal. Insha Allah. Selamat mencuba. 

1) Merangkak Luangkan lebih banyak masa berada dalam posisi seperti merangkak. Berada dalam posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Cuba ambil sedikit masa untuk lakukannya setiap hari. 

2) Kaedah panas-sejuk Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah pula letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi akan lebih cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba. 

3) Pek ais Letakkan pek ais di atas perut. Lapik perut anda terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini adalah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dan diharapkan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

 4) Berendam di kolam renang Konsepnya sama seperti penggunaan pek ais. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah. 

5) Menyanyi & bercakap Rakamkan suara ibu menyanyi atau bercakap kepada bayi. Pasangkan berulang kali rakaman tersebut menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

 6) Senaman tilt position Kaedah senaman ini sama seperti ketika anda sedang sujud di dalam solat. Oleh itu, ketika melakukan sujud anda sangat digalakkan melakukannya lebih lama daripada biasa. Disamping itu bolehlah berdoa pada Allah S.W.T agar bayi kembali berada pada kedudukan normal. Menurut pendapat pakar, lakukanlah lebih kurang 20 minit sehari kerana kaedah ini akan membantu kedudukan kepala bayi turun ke bahagian yang sepatutnya.

 7) Lampu suluh Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya adalah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

 8) Pujukan Berbual-buallah dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada pada kedudukan yang betul. 

9) Doa Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat supaya bayi berada di kedudukan normal dan anda boleh melahirkan tanpa komplikasi kelahiran yang lainnya. Suka saya ingatkan di sini semuanya adalah ketentuan dan izin dari-Nya. Sebagai hambanya kita haruslah berusaha dan yakinlah dengan ketetapan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita.

 Semoga ibu-ibu semua selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. 

Baca ini : Set Kehamilan Shaklee

Bagaimana ingin dapatkan  SET kehamilan

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI!!

Resipi Roti asas

250 gram Tepung Roti / High Protein 50 gram Margerin (ina guna margerin Pelangi) 50 gram Gula Kastor 1 sudu kecik...